Terma Penggunaan
Dikemas kini 2 November 2026
Dengan menggunakan app e-Invoice 2027: Invois & Resit, anda bersetuju dengan terma di bawah.
Bukan app rasmi dan bukan nasihat cukai
App ini bukan app rasmi HASiL dan tiada kaitan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia. App ini tidak menghantar dokumen terus ke sistem MyInvois. Ia menyediakan fail Excel yang anda muat naik sendiri di portal MyInvois menggunakan log masuk anda sendiri. Semakan wajib e-Invois dalam app ialah panduan berdasarkan garis panduan rasmi dan bukan nasihat cukai. Anda bertanggungjawab memastikan setiap maklumat, kadar cukai dan dokumen yang dikeluarkan adalah betul dan lengkap.
Akaun
Akaun hanya diperlukan untuk backup. Jaga akses emel anda kerana kod log masuk dihantar ke emel tersebut.
Pelan percuma dan Pro
Pelan percuma membenarkan sebilangan dokumen baru setiap bulan seperti yang dipaparkan dalam app. Pro dibayar melalui Google Play atau App Store, diperbaharui secara automatik melainkan dibatalkan sekurang-kurangnya 24 jam sebelum tempoh semasa tamat, dan boleh dibatalkan di tetapan langganan store. Harga langganan anda tidak dinaikkan selagi langganan anda aktif. Bayaran balik tertakluk kepada polisi Google Play atau App Store.
Data anda
Rekod anda kekal milik anda. Walaupun langganan Pro tamat, semua rekod lama tetap boleh dibuka, dihantar semula dan dieksport.
Penggunaan yang dilarang
Jangan guna app ini untuk mengeluarkan dokumen palsu, menipu pelanggan atau pihak berkuasa, atau mengganggu server kami.
Had tanggungjawab
App ini disediakan seadanya. Setakat yang dibenarkan undang-undang, kami tidak bertanggungjawab atas kerugian akibat kesilapan data, penalti cukai, gangguan perkhidmatan atau kehilangan data. Simpan backup dan eksport data anda secara berkala.
Undang-undang
Terma ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia.