Dasar Privasi
Dikemas kini 2 November 2026
App e-Invoice 2027: Invois & Resit ("app ini") dibangunkan oleh pemaju app ini. Dasar ini menerangkan data apa yang app ini kumpul, kenapa, dan apa yang anda boleh buat dengannya. App ini bukan app rasmi HASiL dan tiada kaitan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.
Data yang disimpan dalam fon anda
Semua invois, sebut harga, resit, nota kredit, pelanggan, item, profil perniagaan, logo, cop, tandatangan dan gambar QR DuitNow yang anda masukkan disimpan dalam fon anda dahulu. App ini boleh digunakan sepenuhnya tanpa akaun dan tanpa internet.
Data yang dihantar ke server kami
Bila anda log masuk untuk backup, kami simpan emel anda dan salinan semua rekod serta gambar di atas di server kami supaya data boleh dipulihkan di fon baru. Rekod dan gambar disulitkan sebelum disimpan. Kami tidak membaca, menjual atau berkongsi isi rekod anda.
App ini juga menghantar statistik penggunaan tanpa nama (contohnya skrin mana dibuka dan sama ada PDF berjaya dijana) bersama ID peranti rawak. Statistik ini tidak mengandungi nama, TIN, emel atau nombor telefon anda atau pelanggan anda.
Iklan dan pengukuran
Kami guna SDK Meta dan TikTok untuk mengukur berapa ramai pemasangan dan langganan datang daripada iklan kami. SDK ini menerima peristiwa seperti pemasangan app dan pembelian langganan, bersama pengecam peranti. Di iPhone, pengecam iklan hanya dikongsi kalau anda benarkan melalui soalan izin Apple. Isi dokumen dan data pelanggan anda tidak pernah dikongsi.
Pembayaran
Langganan Pro dibayar melalui Google Play atau App Store. Kami tidak menerima nombor kad anda, cuma status langganan.
Data pelanggan anda
Butiran pelanggan yang anda masukkan (nama, telefon, emel, alamat, TIN, nombor ID) ialah data anda sebagai peniaga. Kami simpan data ini bagi pihak anda untuk backup sahaja, dan anda bertanggungjawab mendapatkan kebenaran pelanggan mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
Berapa lama data disimpan
Data backup disimpan selagi akaun anda wujud. Bila anda padam akaun, semua rekod dan gambar di server dipadam serta-merta, dan salinan backup harian server dipadam sepenuhnya dalam masa 14 hari.
Hak anda
Anda boleh eksport semua data dalam app pada bila-bila masa melalui Tetapan, kemudian Eksport semua data. Anda boleh padam akaun dalam app melalui Tetapan, kemudian Akaun & backup, kemudian Padam akaun, atau emel kami untuk minta pemadaman.
Kanak-kanak
App ini untuk peniaga dewasa dan tidak ditujukan kepada kanak-kanak bawah 18 tahun.
Hubungi kami
Emel einvois@boostmarketing.my untuk sebarang soalan tentang privasi.